Thursday, September 22, 2016

Bab 6 : Kemahiran Memproses Maklumat & Penyediaan Bahan Bertulis



  • Kemahiran memproses maklumat merupakan keupayaan dan kebolehan pelajar untuk menganalisis dan mentafsir bahan yang dibaca dan diidengari.
  • Tujuan : Bahan berkenaan boleh digunakan untuk menghasilkan penulisan yang diperlukan mengikut kehendak tugasan soalan kerja kursus.
6.1 MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL

  6.1.1 MAKLUMAT BERBENTUK KUANTITATIF

Maklumat dalam bentuk nombor yang dapat dianalisis melalui pelbagai kaedah iaitu :
  • Jadual
  • Graf - lengkung, bar, pai dan piktograf

Lengkung
graf bar

carta pai

Piktograf

6.2 MENTAFSIR MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN

  6.2.1 MENTAFSIR MAKLUMAT
  • 2 cara untuk membuat tafsiran ke atas bahan/maklumat iaitu maklumat dalam bentuk teks, gambar, lakaran, foto, grafik dan sebagainya.
  • Mentafsir teks adalah memberikan penerangan tentang pola/perhubungan berdasarkan maklumat yang dibaca/dikumpul atau memperihal secara bermakna maklumat yang tersurat dan mencari maksud yang tersirat.
  • Mentafsir foto, gambar, grafik atau lakaran ialah mencatatkan ciri-ciri yang diperlukan menggunakan senarai semak yang disediakan.

Carta alir

Lakaran

Foto

Gambar rajah

   6.2.2 MEMBUAT KESIMPULAN
  • Kesimpulan adalah gagasan yang dicapai pada penghujung perbincangan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas data dan teks didapati bahawa kesimpulan yang dibuat ke atas data lebih mudah kerana hasil analisis data biasanya lebih tepat kerana mengikut kiraan yang telah dilakukan.
  • Kesimpulan yang dibuat ke atas maklumat dalam bentuk teks didapati lebih sukar kerana tafsiran mengikut kehendak dan keperluan pentafsir serta dipengaruhi nilai dan kefahamannya.
6.3 MENILAI MAKLUMAT

2 Perkara penting menilai maklumat :
i. menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan
  • Penilaian dilakukan berasaskan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara/maklumat itu tepat, berkesan, ekonomi atau memuaskan. Faktor-faktor berkenaan adalah seperti berikut : 
  1. Autoriti - Kesahan dan kebolehpercayaan maklumat yang diperoleh
  2. Ketepatan - Maklumat yang tepat dapat memberikan maklumat yang berguna dan manfaat kepada pembaca
  3. Saksama - Bersifat adil, neutral, dan tidak berat sebelah, ia memenuhi objektif pembaca.
  4. Nilai semasa - Maklumat yang terkini.
  5. Lengkap dan jelas - Memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu
ii. menilai maklumat dalam penulisan.
  • Membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap.
6.4 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
  • Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi.
  • Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan/mencatumkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh.
  • Sintesis adalah menggabungkan idea, mengubahkan semula idea dan menyatukan idea

2 comments: