Friday, September 23, 2016

Bab 8 : Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System)


  • Suatu sistem pengurusan pembelajaran yang digunakan untuk mengurus pembelajaran pelajar dalam sesuatu universiti, institut, dan kolej melalui internet.
  • Sistem ini melibatkan beberapa faktor iaitu pelajar-pensyarah, subjek-subjek, penyampaian ilmu, kolaborasi subjek, pemantauan, tugasan / latihan, ulang kaji dan peperiksaan.
8.1 CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN 
  • Biasanya menggunakan internet melalui e-pembelajaran yang diperoleh di laman web universiti, institut atau kolej.
  • Tujuan: membantu memudahkan pengurusan dilakukan ke atas pelajar, subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan.
Antara ciri-ciri LMS adalah seperti berikut:
  • Mengurus pengguna, peranan, kursus, tenaga pengajar, kemudahan, dan menyediakan laporan 
  • Mempunyai kelander kursus
  • Meletakkan bahan kursus di atas talian
  • Pelajar boleh menghantar mesej dan notis
  • Penilaian dan ujian di uruskan sebelum dan selepas ujian. 
  • Boleh memaparkan keputusan dan transkrip
  • Berasaskan Web dan pelbagai kursus yang ditawarkan
  • Mengesan kemajuan pelajar melalui ciri-ciri penilaian.
8.2 KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Bagi mengurus, mengesan, melapor dan menyampaikan pembelajaran dengan menggunakan internet seperti e-pembelajaran untuk semua subjek dan program latihan yang ditawarkan sepanjang pengajian.
  • Menyampaikan ilmu pengetahuan, membuat penilaian, dan pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti kemajuan pembelajaran dalam kalangan pelajar.
  • Untuk pendaftaran pelajar iaitu pendaftaran subjek dalam sesuatu program dan penguguran subjek.
8.3 KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
  • Dapat membantu meningkatkan pembelajaran pelajarnya melalui aktiviti on-line.
  • Meningkatkan pengambilan bilangan pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran.
  • Menggalakkan pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar
  • Membantu pihak pengurusan memantau pembelajaran pelajar jarak jauh
  • Menyampaikan arahan serta maklumat pembelajaran.

2 comments: