Friday, September 23, 2016

Bab 7 : Aplikasi Penggunaan Perisian Maklumat


7.1 PERISIAN UTILITI
  • Perisian utiliti adalah perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan.
  • Perisian komputer adalah program-program, dokumentasi pengguna (manual penggunaan perisian), dokumentasi sistem (maklumat mengenai keperluan sistem) dan data konfigurasi (data-data yang diperlukan untuk komputer berfungsi).
(a) Disk Scanner
  • adalah perisian yang terdapat dalam komputer.
  • digunakan untuk mengesan dan membetulkan masalah fizikal dan logikal pada cakera padat dan disket, meningkatkan prestasi sistem dengan membuang fail yang tidak diperlukan.
(b) Disk Defragmenter
  • adalah perisian dalam Microsoft Windows yang direka untuk membantu meningkatkan kelajuan komputer dengan menyusun atur fail ke lokasi yang sesuai dalam disk.
(c) Virus Scanner
  • digunakan untuk melindungi komputer daripada serangan virus.
  • Contoh : McAfee, Bitdefender, Kapersky


(d) File Compression
  • digunakan untuk mengabungkan fail yang banyaak dalam zip fail yang kecil.
  • Tujuan : dapat menghantar fail yang banyak dan besar dalam zip fail yang telah dipadatkan menjadi kecil.

(e) File Converter
  • digunakan untuk menukar fail media dari satu format kepada format yang lain.
(f) Screen Capture
  • bermaksud mengambil image pada skrin komputer untuk kegunaan tertentu.
(g) Wireless Networking Tools
  • diperlukan supaya komputer mendapatkan maklumat berkaitan Wi-Fi yang berdekatan.
(h) Online File-Sharing & Storage Tools
  • Dropbox, Skydive dan Google Drive merupakan beberapa alat yang digunakan untuk penyimpanan dan perkongsian fail secara online.
  • Dropbox merupakan perkhidmatan percuma yang disediakan untuk pengguna individu bagi menyimpan foto, video, dokumen.
  • Google Drive digunakan untuk menyimpan foto, video, dokumen dan fail-fail.
(i) Downloading Tools
  • Downloading Tools adalah alat yang digunakan untuk memuat turun maklumat yang diperlukan daripada internet.
(j) Presentation Tools
  • Adalah alat yang digunakan dalam membuat persembahan.
  • Alat pembentangan adalah seperti Slideshare, SlideRocket, Prezi, Google Presentation dan AuthorSTREAM.

(k) Disc Burning Tools
  • merupakan alat yang digunakan untuk menyalin data atau fail daripada komputer ke CD/DVD/HD-DVD/Blu-Ray.
7.2 PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
  • Perisian pemprosesan perkataan adalah perisian yang digunakan untuk memproses maklumat dalam bentuk teks perkataan.
  • digunakan untuk mengarang, memformat, menyunting dan mencetak dokumen.
  • Contohnya : MS Word.
MS Word :
  • digunakan untuk menaip teks, menyunting, menyediakan jadual, melukis grafik, memasukkan foto, memilih tema, carta, word art dan beberapa kemudahan yang digunakan untuk menghasilkan penulisan yang menarik.
  • membantu memudahkan pengguna untuk menghasilkan dokumen yang memerlukan tambahan maklumat dengan cepat.
  • mempunyai kemudahan mencetak mengikut keperluan.
7.3 PERISIAN HAMPARAN KERJA
  • Perisian hamparan kerja adalah perisian yang digunakan untuk memproses data dalam bentuk teks numerik.
  • digunakan untuk menganalisis data iaitu seperti purata, jumlah dan kiraan aritmetik yang mudah.
  • Contoh : MS Excel


7.4 PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
  • Perisian yang digunakan untuk membina dan menghasilkan slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
  • Bahan persembahan dapat dihasilkan menggunakan blank presentation, design template dan from autocontent wizard.
  • Contoh : MS PowerPoint.

7.5 PERISIAN PANGKALAN DATA
  • Perisian pangkalan data yang biasa digunakan ialah MS Access.
  • Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam bentuk elektrik.
7.6 BLOG
  • berasal dari gabungan perkataan "web log" yang dicantumkan dan diringkaskan sebutannya menjadi blog.
  • blog adalah catatan maklumat yang disebarkan oleh orang perseorangan mengikut kronologi masa.
Contoh paparan muka depan blogspot


No comments:

Post a Comment