Wednesday, September 21, 2016

BAB 3 : Kemahiran Perolehan dan Pengurusan Maklumat



3.1 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT

Apa itu maklumat?
  • Data, bahan dan pengetahuan
  • Data yang tersusun dalam satu struktur yang  mempunyai makna
Definisi pencarian maklumat :

  • Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat
  • Proses asas yang berkait rapat dengan proses pembelajaran dan penyelesaian masalah

Faktor mempengaruhi kebenaran maklumat :

  • Sifat berat sebelah penulis ataupun penerbit, kebolehpercayaan bahan rujukan yang digunakan oleh penulis dan faktor masa.
  • Unsur tokok tambah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
Sumber maklumat diperoleh daripada :

  • Manusia - guru, pakar bidang, pegawai sumber, orang awam, orang yang terlibat, ahli politik

  • Media Bercetak - bahan bertulis (buku, majalah, jurnal, artikel, laporan, memo, surat, kamus, surat khabar, laporan dan sebagainya)
  • Media tiga dimensi - model,  boneka, diorama, terrarium dan akuarium







p/s : Klik tulisan diorama untuk lihat contoh diorama
  • Media elektronik - audio visual ( radio, televisyen, video )

  • Sumber Persekitaran - bunyi, cahaya, warna, bau dan pergerakan
3.2 PENGURUSAN MAKLUMAT

Konsep pengurusan maklumat :
  • ilmu berkenaan kemahiran untuk menerima, mengesan, mengenalpasti, mendapat semula, menilai, menyusun dan menggunakannya pada masa yang perlu dan mengambil manfaat untuk diri dan orang lain
2 jenis bentuk maklumat:
  • hard copy - bahan cetakan : buku, jurnal, surat khabar, kamus

  • soft copy Biasanya disimpan dalam komputer berbentuk folder-folder : e-book, e-jurnal

Cara Memperoleh Maklumat :
  • Formal - Maklumat formal adalah maklumat yang dihasilkan secara rasmi seperti arahan, memo, pekeliling, prosedur bertulis, laporan, artikel, tesis dan sebagainya.
  • Tidak Formal - Maklumat tidak formal adalah maklumat yang dihasilkan secara tidak rasmi seperti maklumat dalam facebook, blog, diari, catatan dan sebagainya.

3.3 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN

  • pencarian bahan di pusat sumber biasanya menggunakan Online Public Access Catalogue(OPAC) dan Electronic Query Using Internet Protokol (E-QUIP).
  • OPAC dan E-QUIP digunakan untuk mengesan lokasi buku yang diperlukan dalam perpustakaan.
  • Maklumat ilmiah dapat diperoleh melalui e-book, e-journal, ERIC, Pro-Quest, EbscoHost.

3.4 PELAYARAN INTERNET




3.5 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER

 a. Sumber primer 
  • maklumat asas yang diperoleh sendiri oleh penyelidik melalui temu bual, pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik.
  • dapat diperoleh daripada bahan cetakan seperti artikel, jurnal, tesis dan laporan.
 b. Sumber sekunder 
  • sumber maklumat yang diperoleh hasil tafsiran dan rumusan sumber primer.
  • Tujuan : dapat memenuhi kehendak topik yang dibincangkan dalam buku yang ditulisnya.
  • Contohnya ialah maklumat yang terdapat dalam buku teks, majalah, akhbar, laman web dan lain-lain lagi.
REFLEKSI

Dalam bab ini, saya telah mempelajari bagaimana untuk mencari dan memperoleh maklumat. Seperti yang kita sedia maklum, maklumat merupakan input yang diproses secara kognitif dalam mengembangkan ilmu pengetahuan di mana ilmu pengetahuan tersebut dapat menyelesaikan masalah atau membantu dalam membuat keputusan. Oleh itu, hasil daripada mempelajari bab ini, saya dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian di mana saya mestilah mempunyai maklumat dalam menjalani kehidupan terutama ketika menghadapi sebarang masalah. 

Selain itu, saya juga dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dengan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti media elektronik, media cetak dan sebagainya. Saya telah mengaplikasikan perkara ini ketika hendak menyelesaikan sesuatu tugasan. Saya juga tidak akan bergantung pada satu sumber sahaja kerana maklumat yang saya perolehi perlu tepat dan disokong ramai serta perlu mendapatkan kesahihan tentang sesuatu maklumat.

P/S:Tulisan purple merupakan link






5 comments:

  1. hai.. penulisan yang bagus. sangat membantu saya dlm mengulangkaji subjek gkb1053 untuk exam final sem 1 ppismp 2016 !!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Anodizing Titanium - AO - TITanium Art
    by TITAN ONLINE LTD · Cited by 1 — “Anodizing Titanium” refers to titanium nose jewelry the structure of copper rocket league titanium white oxide oxide titanium cerakote and its structure. titanium trim The structure of Anodizing Titanium is a graphite with copper titanium hip oxide

    ReplyDelete