- Penyesuaian ialah proses adaptasi.
- Penyesuaian berlaku dalam pelbagai aspek seperti sikap, tingkah laku, hubungan dengan masyarakat dan cara kehidupan.
- Penyesuaian sosial ialah keupayaan individu menyesuaikan diri dalam kelompok sosial yang baharu.
- Pelajar perlu mempunyai penyesuaian sosial yang tinggi dengan pensyarah dan persekitaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pendidikan.
- Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993) kemahiran interpersonal merupakan keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka.
- Terdiri daripada keupayaan menerima perasaan seseorang individu berkaitan sesuatu perkara iaitu memahami apa yang dirasai oleh orang lain.
- Keupayaan menerima idea dan pandangan seseorang terhadap diri sendiri dan berkaitan sesuatu perkara atau peristiwa juga amat penting.
- Individu yang memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi amat berminat untuk menyoal bagi mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai sesuatu perkara berkaitan dirinya dan orang lain.
10.2 KEMAHIRAN INTRAPERSONAL
- Kemahiran intrapersonal adalah kemahiran dan komunikasi yang berlaku dalam diri dan minda sendiri.
Kepentingan Meningkatkan Kemahiran Intrapersonal:
- meningkatkan keyakinan diri
- mengetahui kelemahan dan kelebihan diri
- meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah yang dihadapi
- mempunyai daya tahan yang tinggi ketika menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
- meningkatkan pencapaian akademik
- meningkatkan produktiviti dalam tugasan yang diberikan.
- Komuniti pembelajaran adalah tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang baik.
- Komuniti pembelajaran professional di sebuah IPG terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran, bekerja secara kolaboratif. memperbaiki kemhiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT
- Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan pensyarah dan pelajar.
- Penggunaan blog dapat membantu penulis blog berkongsi maklumat.
- Perbincangan dapat dilakukan dengan penulis blog berkaitan dengan isu yang dipersembahkan dalam penulisannya.
- Dapat dikemaskini dengan mudah dari mana-mana tempat tanpa memerlukan sambungan FTP, perisian pengarangan web dan lain-lain lagi.
- Platform Fecebook membolehkan pembangun web membina aplikasi yang bersepadu dengan rangkaian social Facebook.
- Dapat membina komuniti pembelajaran
- Menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza dengan kelas biasa
- Meningkatkan interaksi guru dan pelajar dan sesama pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan web
- Pelajar dapat menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas dan peperiksaan serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet.
10.4.3 FLICKR
- Suatu laman web perkongsian gambar yang dapat digunakan untuk memuat naik gambar, memberikan tag kepada gambar, melihat gambar orang lain, serta menulis komen dan anotasi gambar tersebut.
- Adalah suatu perisian percuma yang membolehkan seseorang berbual-bual dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia melalui internet secara percuma.
- Digunakan untuk melakukan sesuatu perkara bersama-sama walau di mana seseorang berada.
- Satu laman web media untuk berkongsi persembahan, dokumen dan fail pdf.
- Menonjolkan professional yang aktif dan sering memberi komen, menggemari dan memuat turun bahan.
- Tujuan : berkongsi idea dan berhubung dengan orang lain.
- Penulisan di Twitter ialah cara komunikasi yang kurang berhalangan, perkongsian maklumat dengan orang yang biasanya tidak akan saling berutus e-mel / pesanan SMS.
10.5 ISU GENDER DALAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
- Gender adalah perbezaan sifat, peranan, fungsi dan status antara lelaki dan perempuan bukan dari aspek biologikal sahaja tetapi peranan mereka dalam perjanjian sosial.
- Peranan antara lelaki dan perempuan berubah mengikut budaya, keadaan, dan situasi di mana mereka berada.
- Di Malaysia, terdapat Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Kemajuan Wanita
- Tujuan: membela nasib kaum wanita dan memartabatkan peranan wanita dalam sesuatu komuniti.
No comments:
Post a Comment