Friday, September 23, 2016

Bab 9 : Sikap Terhadap Pentaksiran


  • Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian.
  • Penilaian adalah proses mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan telah dicapai.
  • Tujuan : menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan dengan standard dan kriteria yang digunakan.
  • 2 jenis penilaian iaitu: penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian Formatif

  • Penilaian yang dijalankan secara berterusan apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P).
  • Tujuan : memperbaiki / mengenal pasti kelemahan yang wujud pada pelajar berkenaan.
Penilaian Sumatif

  • Penilaian yang dilakukan pada akhir sesuatu pengajaran / program yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat barkaitan pencapaian individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sepanjang tahun.
Pengujian

  • Suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan / tingkah laku/ kemahiran dan ilmu pengetahuan seseorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor (Cronbach, 1970). 
Pengukuran

  • Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik berkaitan pencapaian pelajar.
Pentaksiran 
  • Diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh semasa membuat pengujian terhadap seseorang individu.
  • Memberi maksud kepada dua numerik yang diperoleh pelajar.
  • Ali = 90 % bermaksud cemerlang dalam subjek berkenaan
  • Abu = 40 % bermaksud lemah dalam subjek berkenaan
9.1 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
  • peperiksaan
  • kerja kursus - projek, ujian amali, penilaian praktikum
  • penilaian praktikum
  • penilaian bina insan guru (BIG)
  • penilaian gerak kerja kokurikulum

9.2 PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN
Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG:
  • Peperiksaan - akhir setiap sem
  • Tugasan kerja kursus - dalam semester iaitu antara 2-6 minggu mengikut jenis kursus
  • Praktikum - dijalankan pada semester 5,6,7
  • Bina insan guru - setiap semester
  • Aktivit kokurikulum - semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/olahraga, semester 1 dan 2 untuk persatuan/kelab dan sukan/permainan
  • Intership - dijalankan pada semester 8
- Pelajar perlu menyediakan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik, membuat ulangkaji, memahami dan menghafal nota dan menyediakan jadual perancangan ulangkaji.
- Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG, dan aktivit Kokurikulum

  9.2.1 TUGASAN INDIVIDU DAN TUGASAN BERKUMPULAN

Kandungan Penulisan Reflektif:
  • menerangkan berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus projek.
  • menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan kerja kursus projek.
  • menerangkan sejauh manakah pengalaman yang diperoleh dapat membantu perkembangan diri.
  • menerangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. 
  • menerangkan berkaitan pengalaman menyiapkan tugasan kerja kursus projek.
  • menghuraikan masalah yang dihadapi ketika melaksanakan kerja kursus projek.
  • menerangkan sejauh manakah pengalaman yang diperoleh dapat membantu perkembangan diri.
  • menerangkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi.
  9.2.2 INTEGRITI PELAJAR
  • Amat penting ketika melaksanakan tugasan kerja kursus.
  • Idea yang dipersembahkan mestilah idea dan pandangan yang tulin bukannya ciplak, misalnya penulisan esei dengan idea sendiri, penghasilan produk dengan idea sendiri, membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan, menghadapi kuiz tanpa meniru dan menyiapkan kerja amali dengan idea yang asli bukan ciplak idea seni individu lain.

No comments:

Post a Comment