4.1 PEMBACAAN CEPAT (Speed Reading Technique)
-Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
-Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
-Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.
TUJUAN
- Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
- Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
- Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.
MANFAAT
- Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
- Menjimatkan masa dan tenaga.
- Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.
- Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
- Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.
4.1.1 SKIMMING
- Teknik bacaan pantas sementara.
- Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
- Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
- Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
- Hanya kepantasan dititik beratkan.
- Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.
Gerakan Mata semasa menggunakan Skimming
4.1.2 SCANNING
- Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
- Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
- Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
- Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
- Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.
4.2 PEMBACAAN PERLAHAN (Slow Reading)
- Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
- Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
- Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.
TUJUAN
- Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
- Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
- Menilai dan menganalisis penulisan.
MANFAAT
- Lebih memahamai bahan bacaan.
- Mudah untuk mengingati isi-isi penting.
4.2.1 SQ3R
- Survey (Teroka)
- Question (Tanya)
- Read (Baca)
- Recite (Sebut)
- Review (Ulang)
4.2.2 KWLH
- Know (Perlu Diketahui)
- Want (Hendak Diketahui)
- Learn (Telah Dipelajari)
- How (Cara untuk Belajar)
No comments:
Post a Comment