Saturday, September 10, 2016

Bab 1 : Pengenalan Kemahiran Belajar


1.1 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, kemahiran merujuk kepada kecekapan dan kepandaian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara
  • Belajar pula adalah usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui perubahan tingkah laku
  • Kemahiran belajar didefinisikan sebagai keupayaan, kecekapan, atau kebolehan seseorang mendapatkan pengetahuan dan ilmu pengetahuan serta berlakunya perubahan tingkah laku dalam dirinya.
Kemahiran belajar termasuklah:


  • kemahiran mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber rujukan
  • kemahiran memproses maklumat
  • kemahiran menyimpan maklumat
    Kemahiran berfikir pula membawa maksud kemahiran berfikir secara kritis, berfikir secara kreatif, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. dalam keadaan ini alat-alat berfikir akan diaplikasikan.
    Strategi pembelajaran bermaksud rancangan yang diatur atau dipilih (kaedah dan teknik) untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Terdapat sembilan jenis strategi pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan:

  • pemerhatian
  • meditif
  • generatif
  • koperatif dan kolaboratif
  • konteks luar
  • metakognitif
  • kontekstual
  • kajian masa depan
  • direktif
Jenis-jenis pembelajaran yang diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia:
  • pembelajaran berpusatkan pelajar
  • pembelajaran bersifatkan individu
  • pembelajaran berfikrah
  • pembelajaran berbantukan teknologi
  • pembelajran berasaskan otak
  • pembelajaran berasaskan projek

Kepentingan Kemahiran Belajar:
  • Memudahkan seseorang pelajar untuk mendapatkan ilmu secara sistematik dan bermakna.
  • Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan daya     intelek sepanjang hayat.
  • Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai situasi.
  • Memupuk didplin kendiri pelajara.
  • Melatih pelajar membaca dengan cepat dan tepat.
  • Melatih pelajar mengumpul maklumat dengan cekap.
  • Melatih pelajar memproses maklumat dengan berkesan. Meningkatkan daya ingatan pelajar.
  • Mencungkil serta mengasah bakat serta potensi seseorang.
  • Membantu pelajar memperolehi kemahiran membuat rujukan kepada pelbagai sumber media.
  • Melatih individu menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya bermotivasi menghayati pembelajaran sepanjang hayat.
  • Melatih dan membantu pelajar supaya dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.

1.2 PERSEKITARAN PEMBELAJARAN DI IPG : 

  • Robert M Gagne menyatakan bahawa pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu.
  • Anita E. Woolfolk pula menyatakan pembelajaran sebagai proses di mana pengalaman yang pernah dialami menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.
  • Institut Pendidikan Guru (IPG) menawarkan kursus-kursus berkaitan keguruan sebagai persediaan pelajar untuk menjadi guru yang kompeten dengan keadaan semasa.
  • Terdapat lapan kerja kursus untuk semester 1 yang perlu disiapkan oleh pelajar PPISMP dalam jangka masa 4-6 minggu untuk kusus major dan bukan major di IPG.
  • Bimbingan pensyarah semasa peaksanaan kerja kursus membantu pelajar mengembangkan kemahiran-kemahiran seperti berfikir secara kritis, kreatif, berkomunikasi dan berkolaborasi.
  • Pelajar IPG lebih berdikari sewaktu menyiapkan kerja kursus yang diberikan kerana pelajar lebih sedar bahawa markah kerja kursus berkenaan akan mempengaruhi keputusan akhir bagi subjek berkenaan.
  • Di IPG, pelajar perlu mempunyai kemahiran mencari maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku, majalah, surat khabar, jurnal, tesis, prosiding, artikel dan laporan.
  • Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan memerlukan kemahiran mencari maklumat kerana terdapat banyak dan Pelbagai bahan serta maklumat di dalam pusat sumber dan perpustakaan. 
  • Pelajar perlu menganalisis maklumat yang tepat dan sesuai untuk digunakan dalam penulisan. 
  • Maklumat yang banyak memerlukan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang cepat supaya dapat memilih maklumat tepat yang diperlukan.
  • Pelajar juga harus memulakan penulisan mengikut kefahaman pembacaan yang telah dilakukan.
  • pelajar juga mesti mempunyai kemahiran menulis secara akademik supaya mampu menghasilakan bentuk penulisan yang menarik dan senang difahami.
  • Pelajar IPG lebih banyak menggunakan kemudahan pusat sumber, perpustakaan dan internet bagi mendapatkan bahan pembelajaran amnakala di sekolah, pelajar lebih banyak bergantung kepada buku teks.
  • Pelajar IPG perlu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh pensyarah tanpa bantuan buku teks.
  • Kemahiran interpersonal dan intrapersonal juga amat penting di IPG.
  • Pelajar IPG perlu meningkatkan dan mengembangkan potensi serta kebolehan diri sendiri melalui penglibatan dala pelbagai aktiviti dan melakukan penerokaan ilmu serta kemahiran.
1.3 PEMBELAJARAN REGULASI KENDIRI

  • Pembelajaran regulasi kendiri bermaksud pembelajaran yang dilakukan sendiri untuk mencapai objektif pembelajaran (Pintrich, 1995).
  • Pembelajaran regulas kendiri berpusatkan pelajar di ana pelajar membina keyakinan diri dalam pembelajaran, membuat penilaian ke atas diri sendiri serta pembelajaran yang telah diperoleh.
  • pembelajaran regulasi kendiri mampu meningkatkan pencapaian dalam akademik, menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan memberikan penghargaan intrinstik.

1 comment:

  1. baguslah awk ni...sempat lgi buat blog cmni although bz ngn assignment bagai..sangat membantu..n terima kasih...in shaa Allah bnyak ganjarannya

    ReplyDelete