Wednesday, September 21, 2016

Bab 2 : Pengurusan Pembelajaran


Proses pembelajaran tidak hanya melibatkan belajar tapi juga mengajar dan berkomunikasi untuk mengesahkan bahawa maklumat dan pendirian yang dipegang selama ini adalah benar dan mantap sehingga boleh menyerlah sebagai seorang yang berilmu dan khususnya dalam profresion yang diceburi. Oleh yang demikian maklumat yang ada dikembangkan sehingga mampu bertindak menghasilkan pelbagai produk yang berguna untuk dimanfaatkan oleh diri dan orang lain.


2.1 PENETAPAN MATLAMAT DIRI DAN AKADEMIK


Penetapan matlamat diri dan akedamik boleh dilakukan dengan menggunakan panduan SMART untuk membantu individu menetapkan matlamat diri dan akademik sepanjang hayat.


S-Specific
M-measureable
A-Attainable
R-Realistic
T-Timely


S - Specifk bermaksud seseorang individu perlu menetapkan matlamat yang spesifik denganmenjawab kesemua soalan siapa, apa, di mana, bila, bagaimana, kenapa.
M - Matlamat yang ditetapkan mesti boleh diukur .
A - Pencapaian yang realistik iaitu boleh diperoleh oleh diri individu berkenaan
R - Matlamat yang realistik iaitu boleh dicapai mengikut proses berperingkat-peringkat
T - Matlamat yang diketahui boleh dicapai secara berperingkat-peringkat dan dengan usaha yang berterusan.



2.2 PENGURUSAN MASA

Beberapa tips dan panduan dalam pengurusan masa (Randel, 2010):

  • menyenaraikan semua tugasan yang perlu diselesaikan misalnya mendapatkan bahan rujukan untuk menyiapkan penulisan esei
  • menyediakan 'checklist' tindakan yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan tugasan berkenaan
  • menggunakan kemudahan yang ada untuk memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan
  • memberi fokus dan tumpuan sepenuhnya kepada tugasan tertentu
  • menyenaraikan perancangan tugasan yang perlu dilakukan pada esok hari, lusa dan seterusnya sehingga tugasan berkenaan selesai
  • mencari maklumat yang sesuai untuk membantu menyelesaikan tugasan
  • menetapkan jangka masa yang tertentu untuk menyiapkan tugasan
  • mengurangkan masa melayari laman sosial
  • memilih tugasan yang lebih penting untuk disiapkan terlebih dahulu
  • membuat perancangan untuk melakukan aktiviti dalam kehidupan seharian
2.3 MENGENALI GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI

 2.3.1 MODEL GAYA PEMBELAJARAN VARK

  • Visual - belajar melalui penglihatan iaitu seperti menggunakan carta, poster, grafik, dan penggunaan multimedia dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

  • Audio - belajar melalui pendengaran iaitu seperti kuliah dan penerangan

  • Bacaan/tulisan - belajar melalui pembacaan dan penulisan misalnya menulis semula nota, membuat nota, menghafal nota, menerangkan semula gambar atau model menggunakan perkataan sendiri, menyusun nota dalam bentuk points
  • Kinestetik - belajar melalui pengalaman atau penglibatan melakukan aktiviti pembelajaran iaitu seperti menggunakan kaedah hands-on melalui eksperimen, pembelajaran luar bilik darjah, menggunakan gambar rajah dan foto untuk menerangkan idea, kerja lapangan dan sebagainya.

  2.3.2 MODEL GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN

  • Persekitaran - cahaya, bunyi, suhu dan pola kelas
  • Emosi - motivasi, tanggungjawab, berstruktur dan ketabahn 
  • Sosiologi - sendiri, pasangan, rakan sebaya, kumpulan, berguru dan gabungan pelbagai cara
  • Fisiologi - global atau analitik, otak kiri atau kanan, bertindak secara spontan, berfikir sebelum bertindak



 2.3.3 MODEL GAYA PEMBELAJARAN KOLB'S

  • Spatial - picture smart
  • Musical - music smart
  • Linguistik - word smart
  • Bodily - body smart
  • Logical - logic smart
  • Interpersonal - people smart
  • Intrapersonal - Self smart




2.4 STRATEGI MENINGKATKAN DAYA INGATAN

  • Akronim - Menggunakan huruf pertama dalam perkataan untuk membentuk perkataan baharu. Contohnya : RIMBA = reptilia, ikan, mamalia, burung, amfibia
  • Akrostik - menggunakan huruf pertama juga dalam perkataan tetapi membentuk ayat menarik yang tidak boleh dilupai. Contohnya : Warna pelangi ( merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu ) = Mak Jan Kenan Hati Burung Indigo Unik
  • Irama dan lagu - irama, pengulangan dan melodi merupakan alat bantuan untuk meningkatkan ingatan dalam kalangan individu yang berminat akan irama dan melodi. Contohnya : ABCDEFGHIJK... (bermelodi menggunakan irama twinkle twinkle little star)
  • Lokasi - menggunakan mercu tanda yang dikenal pasti secara visual. Contoh 1 : mengingati laluan berasaskan mercu tanda yang diperhatikan sepanjang laluan. Contoh 2 : mengingati bahagian dan fungsi jantung menggunakan model jantung dengan bahagian-bahagian jantung
  • Chunking - digunakan untuk mengingati nombor yang banyak
  • Latihan berulang-ulang - menggunakan latihan berulang-ulang. Contohnya : hafaz ayat al-Quran dengan hafal 5 ayat, tambah ayat ke-6 dengan mengulangi ayat 1 hingga 6.
2.5 PERANCANGAN JADUAL BELAJAR





No comments:

Post a Comment