Thursday, September 22, 2016

BAB 5 : Kemahiran Mengambil dan Membuat Nota




5.1 CARA-CARA MEMBUAT NOTA

a. Annotation
  • Nota yang dituliskan dalam bentuk catatan isi penting, kandungan perbincangan yang disampaikan dalam kuliah.
  • Tujuan : mengenal pasti kandungan atau focus tajuk yang dibincangkan.
  • Catatan ditulis dengan menggunakan pen highlighter untuk menonjolkan perkataan atau isi penting yang dinyatakan.




b. Outline Notes
  • Nota disediakan dalam bentuk mata (points)
  • Menggunakan perenggan, nombor atau perkataan
  • Menyenaraikan point utama dan subpoint
  • Point utama adalah fokus kajian/isu keprihatinan manakala subpoint adalah isu keprihatinan/fokus kajian, tinjauan masalah dan analisis masalah.

c. Column Notes
  • Nota dicatat mengikut tajuk dan subtajuk dalam satu kolum.
  • Kolum sebelah kiri adalah idea utama/tajuk atau subtajuk 
  • Kolum sebelah kanan adalah penerangan/penjelasan kepada tajuk dan subtajuk.

d. Nota Rumusan
  • Nota yang ditulis dengan mencatat semula apa yang difahami daripada teks yang dibaca ataupun yang didengari bukan membuat ringkasan.


5.2 ALAT-ALAT BERFIKIR DALAM MEMBUAT NOTA





a. Pengurusan Grafik
  • memvisualkan konten & isi kandungan
  • pemetaan/pola penyusunan- perhubungan antara maklumat & idea
  • Jenis-jenis : 
    -membanding & membeza
    -rajah jaringan
    -meneliti perhubungan bahagian-keseluruhan
    -membuat urutan mengikut pangkat
    -sebab & kesimpulan
    -rangkaian sebab
    -membuat keputusan
    -menyelesaikan masalah  
b. Peta Minda 
  • Menggunakan anak panah
  • Kod-kod yang istimewa 
  • Berhubungan kaitkan kata kunci & perkara
  • Menunjukkan idea yang penting
  • Mengorganisasikan fikiran dalam bentuk gambar
  • Menjimatkan masa mengulang kaji pelajaran
  • Meningkatkan daya ingatan
  • Ciri-ciri:
    -Menggunakan kata kunci berasaskan imej
    -Menggunakan pelbagai warna
    -Dilukis dalam 3 dimensi
    -Lukisan dalam saiz yang berbeza
c. Pemetaan I-think
  • Circle Map (Peta Bulatan) - sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks
  • Bubble Map (Peta Buih) - memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
  • Double Bubble Map (Peta Buih Berganda) - membanding beza sesuatu perkara
  • Tree Map (Peta Pokok) - mengklasifikasikan bahan atau idea.
  • Brace Map (Peta Dakap) - menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.
  • Flow Map (Peta Alir) - membuat urutan sesuatu proses.
  • Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir) - menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
  • Bridge Map (Peta Titi) -  memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.


d. Teknik menyoal aras tinggi
  • Mengalakkan KBAT
  • Mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, mencipta, menilai
  • Merangsang pelajar untuk berfikir
  • Menyelesaikan masalah dengan baik
i. Penyoalan Sokratik
  • Merangsang pelbagai bentuk pemikiran
  • Membuat penerokaan
  • Mendapatkan maklumat
  • Menganalisis konsep
  • Membanding dan membeza konsep
  • 6 Jenis soalan : 
- Soalan penjelasan
- Soalan merangsang andaian
- Soalan merangsang sebab & bukti
- Soalan berkaitan pandangan & idea
- Soalan merangsang kesan & akibat
- Soalan berkaitan soalan


ii. Soalan bertumpu & mencapah
  • Mengetahui pengetahuan, kefahaman, aplikasi ilmu pengetahuan
  • Soalan bertumpu :
- Soalan yang memerlukan jawapan yang terhad & tepat
- Soalan tertutup
- Bersifat Objektif
- Soalan aras rendah
  • Soalan mencapah :
- Soalan yang mempunyai jawapan
- Lebih analitik, berbentuk sintesis
- Soalan aras tinggi
- Soalan terbuka
- Bersifat subjektif

iii. Lingkaran Soalan 
  • Mendapat idea & pandangan untuk menyelesaikan masalah
  • soalan dikemukakan secara berturutan & berhiraki
  • 3 cara untuk melaksanakan:
- Perbincangan panel (20minit)
- Perbincangan peserta konferen (30minit)
- Perbincangan panel (20minit)


e. Alat-alat CoRT 1
  • meningkatkan keupayaan berfikir
Teknik-teknik CoRT :

1. PMI ( Plus Minus Interesting )
- Baik, buruk, menarik
- Meluaskan pandangan orang lain
- Berfikir tentang kebaikan, kelemahan, dan perkara yang menarik tentang sesuatu perkara

2. CAT ( Consider All Factors)
- Ambil kira semua faktor
- Keputusan yang dibuat akan mempengaruhi individu dan persekitaran


3. C & S ( Consequences & Sequal )

- Kesan mengikut jangka masa
- Kaji akibat kesan-kesan tertentu


4. AGO ( Aim Goal Objective )

- Tujuan matlamat6 objektif
- Tentukan hala tuju, fokus, matlamat utama dan elakkan penyelewengan

5. FIP ( First Important Priorities)
- Kepentingan Utama
- Kenal pasti keutamaan yang memerlukan tindakan

6. OPV ( Other People View )
- Pandangan Orang Lain
- Pentingkan pandangan dan pendapat orang lain
- kaji kesan terhadap orang lain

f. Alat-alat CoRT IV
  • YES, NO & PO
  • STEPPING STONE - Batu loncatan
  • RANDOM INPUT - Input rawak
  • CONCEPT CHALLENGE - Mencabar konsep
  • DOMINANT IDEA - Idea dominan
  • DEFINE THE PROBLEM - Mendefinisikan masalah
  • REMOVE FAULTS - Mengasingkan kelemahan
  • COMBINATION - Kombinasi
  • REQUIREMENTS - Keperluan
  • EVALUATION - Penilaian
REFLEKSI

Saya telah menyedari bahawa keupayaan mengambil nota semasa kuliah dan membaca teks adalah amat penting kepada para pelajar. Pengambilan nota yang baik dapat membantu memahami apa yang dipelajari. Tambahan pula, dengan adanya aktiviti mencatat nota  sewaktu sesi pembelajaran berlangsung, saya akan lebih fokus dan dapat mencatat apa yang penting serta mudah untuk saya mengingat dan menggunakan nota tersebut ketika mengulangkaji pelajaran. Sehubungan itu, terdapat pelbagai cara membuat nota yang telah saya pelajari dan praktikkan dalam kehidupan seharian. Hasilnya, nota yang saya lakukan lebih mudah difahami dan mudah dihafal.


No comments:

Post a Comment